TIPS JAGA ANAK KUCING (BARU LAHIR/TANPA IBU)
Menjaga anak kucing baru lahir dan tanpa ibunya memerlukan komitmen dan tenaga. Bagaimanapun anda perlu ada ilmu asas mengenainya. Menggunakan kit ini, anda akan mempunyai kelengkapan untuk menyelamatkan nyawa anak kucing tersebut.
1. UMUR
Penting untuk anda ketahui atau anggar umur anak kucing. Ini kerana anak kucing perlu minum susu mengikut kuantiti yang berbeza bergantung pada umurnya.
A. Jadual anggaran umur anak kucing
2. SUSU
Anak kucing perlu diberi susu mengikut jumlah dan kekerapan yang betul. Berikut adalah jadual jumlah susu yang diperlukan untuk anak kucing mengikut anggaran umur.
B. Jadual susu dan kekerapan dalam sehari
Dalam pemberian susu pada anak kucing, ada beberapa TIPS PENTING untuk anda.
a) SUHU SUSU- Susu SEJUK boleh mengakibatkan kembung perut pada anak kucing.
b) BANCUHAN- Susu seharusnya dibancuh dengan air suam. Uji pada kulit dikawasan nadi anda supaya tidak terlalu panas. Susu yang dibancuh biasanya perlulah mengikut kadar cairan yang ditetapkan. Jika terlalu PEKAT boleh menyebabkan sembelit, jika terlalu CAIR anak kucing akan kekurangan zat dan cepat lapar.
c) POSISI- pastikan kepala anak kucing tidak terlalu mendongak ketika minum susu dari botol. Ditakuti susu masuk ke peparu.
d) ALAT-gunakan botol susu khas untuk kucing atau picagari.
e) ELAKKAN dari memicit botol susu, biar anak kucing menghisap susu dari botol. Jika guna picagari titiskan perlahan-lahan.
3. HABA
Anak kucing yang baru lahir mudah sejuk (hypothermia) kerana ketiadaan lapisan lemak bawah kulit dan mekanisma badan tidak mampu mengawal suhu badan sendiri. Hypothermia boleh membawa maut pada anak kucing. Oleh itu anda perlu menggunakan beg air panas untuk memanaskan badan anak kucing sehingga anak kucing berumur 3 minggu.
- Masukkan air panas (selepas didih) sebanyak 250-300 ml kedalam beg air panas.
- Pastikan beg air panas tidak kembung sebelum anda tutup skru beg air panas itu.
- Letakkan beg air panas dibawah selimut supaya tidak terlalu panas untuk anak kucing tersebut.
- Rujuk cara penggunaan beg air panas dan selimut yang betul dalam jadual dibawah.
- Lebih elok jika anda memakaikan anak kucing dengan sarung kaki terpakai yang diubahsuai.
4. RANSANGAN KENCING/BERAK
Untuk anak kucing yang mempunyai ibu, ibu kucing biasanya akan menjilat dan membersihkan kemaluan anaknya. Tetapi untuk anak kucing yang tiada ibu, anda perlu "meniru" perbuatan ibu kucing dengan mengelap berulang kali dikemaluan anak kucing tersebut menggunakan kain/ tisu yang dibasahkan sedikit air.
Rangsangan perlu dilakukan setiap kali anak kucing minum susu. Anak kucing (berumur 2 minggu kebawah) tidak pandai lagi untuk buang air kecil/besar sendiri. Jika rangsangan tidak diberikan, pundi kencing akan bengkak dan sakit. Anak kucing akan sakit dan tidak selasa dan anda boleh lihat anak kucing akan kurang minum susu.
Nanti saya akan kongsikan tips-tips penjagaan kucing yang lain untuk manfaat bersama.
;)



